suria

Lima Parah Unggun Api Meletup

LIMA dalam keadaan kritikal, dan sekurang-kurangnya 30 yang lain cedera, apabila berlaku letupan ketika orang ramai menyaksikan upacara menyalakan unggun api sempena menyambut kehadiran musim bunga di Perancis.

Karnival yang diadakan berdekatan bandar Paris itu bertukar menjadi huru hara apabila unggun api itu meletup dan orang ramai mula berkeliaran lari dan menjerit ketakutan.

Turut cedera kanak-kanak berusia antara dua hingga 14 tahun kata jurucakap pasukan bomba Paris, Nathalie Crespin.

"Ramai yang cedera di muka dan mereka telah dibawa ke hospital di Villepinte.

"Banyak serpihan kayu daripada bahan yang dibakar telah melantun ke arah orang ramai hingga mengakibatkan kecederaan," katanya mengenai kejadian pada kira-kira pukul 6 petang itu.

Turut hadir pada upacara itu adalah Datuk Bandar Paris untuk menyaksikan upacara menyalakan unggun api yang juga tradisi bagi menyambut kedatangan musim bunga.

Kata Crespin, minyak gas yang digunakan untuk menyalakan unggun api itu tidak diletakkan pada kedudukan yang betul hingga menyebabkan binaan setinggi enam meter itu meletup.



Paris, Nathalie Crespin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain