suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hadiah Nobel Milik Bob Dylan

STOCKHOLM: Penyanyi, penulis lirik dan pemuzik kelahiran Minnesota Amerika Syarikat (AS), Bob Dylan diiktiraf dunia apabila menerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2016.

Hadiah itu disampaikan dalam pertemuan rahsia dengan Akademi Sweden yang memberi penghormatan kepada selebriti itu, lapor media tempatan.

Penyiar awam Sweden (SVT) melaporkan, perkara itu disahkan ahli Akademi, Horace Engdahl.

Ketika ditanya adakah Dylan menerima diploma Nobel dan pingat itu, beliau hanya menjawab ringkas: "Ya", tanpa mengulas lanjut.

Dylan, 75, adalah penulis lagu pertama yang menerima anugerah berprestij dan dengan penghormatan itu beliau menyertai penerima anugerah lain seperti Thomas Mann, Samuel Beckett, Gabriel Garcia Marquez dan Doris Lessing.

Sebelum ini, penyanyi itu mencetuskan kontroversi kerana dikatakan 'angkuh' dan 'tidak sopan' hanya kerana berdiam diri selepas dinobatkan sebagai pemenang.

Pemuzik itu juga diberi tempoh hingga 10 Jun depan untuk menyampaikan syarahan tradisi Nobel bagi melayakkan dirinya menerima hadiah wang tunai 837,000 euro (RM3.95 juta). Jika gagal berbuat demikian, ia boleh ditarik balik. - AFP

Bob Dylan, Nobel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain