suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jambatan Runtuh Akibat Kebakaran

ATLANTIK: Kebakaran di bawah jambatan di Lebuh Raya Interstate 85 (I-85) di sini bukan sahaja mengakibatkan laluan itu runtuh, malahan berlaku kesesakan jalan raya teruk di situ.

Pihak berkuasa bagaimanapun mengesahkan tiada kecederaan dalam kejadian berkenaan.

"Kami cuba menilai kerosakan dan memastikan ia dapat diperbaiki dengan pantas," kata Gabenor Georgia, Nathan Deal.

Deal berkata, kebakaran dipercayai disebabkan longgokan paip PVC di bawah struktur berkenaan.

"Pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan pemilik atau individu yang meletakkannya di bawah jambatan itu," kata Deal. 

Bagaimanapun, situasi itu mencetuskan kebimbangan penduduk setempat yang pada mulanya menyangka asap hitam tebal yang menyelubungi kota itu adalah ribut yang akan membadai atau matahari terbenam lebih awal. - Reuters
Atlantik, I-85

Artikel Berikut

Artikel Lain