suria

Ivanka Trump Penjawat Awam Tanpa Gaji

WASHINGTON: Ivanka Trump akan menyertai perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) secara percuma beberapa hari lagi, kata pegawai Rumah Putih.

Anak sulung Presiden Donald Trump itu akan bertugas sebagai penasihat kepada bapanya.

Wanita berusia 35 tahun ini bagaimanapun tertakluk kepada etika dan peraturan sebagai penjawat awam.

"Saya faham adanya kebimbangan pelbagai pihak susulan kedudukan saya sebagai penasihat peribadi presiden secara sukarela.

"Sehubungan itu, saya akan berkhidmat sebagai kakitangan tanpa bayaran di pejabat Rumah Putih dan tertakluk kepada semua peraturan yang ditetapkan untuk penjawat awam," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, peguam Trump, Jamie S.Gorelick berkata, keputusan Ivanka menunjukkan komitmen beliau untuk mematuhi etika kerja di peringkat persekutuan, selain sikap terbukanya.

Ketika ini, suami Ivanka, Jared Kushner juga bertindak sebagai orang kanan Trump yang menjalankan tugasnya tanpa sebarang bayaran.

Baru-baru ini, bekas eksekutif hartanah itu telah dilantik sebagai timbalan penasihat strategi keselamatan negara.

Ivanka Trump, Rumah Putih

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain