suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan ISIS: Pelancong Diarah Tinggalkan Resort Laut Merah

Kawasan pelancongan Sharm el-Sheikh di Laut Merah yang begitu terkenal sebagai destinasi percutian di kalangan pelancong Britain. Foto AFP

ISRAEL memberi amaran kepada warganegaranya supaya meninggalkan kawasan resort di Laut Merah, Mesir dan membatalkan segala rancangan untuk ke kawasan itu berikutan kebimbangan terhadap serangan militan ISIS.

Biro anti keganasan negara itu berkata, ia merupakan ancaman semasa dan serius terhadap serangan keganasan yang menyasarkan rantau itu, termasuk pelancong Israel.

Kawasan di Laut Merah membabitkan beberapa destinasi pelancongan seperti Sharm el-Sheikh, Hurghada, Marsa Alam dan Luxor yang begitu popular di kalangan pelancong dari Britain.

Ketua biro anti keganasan Israel, Eitan Ben-David memberitahu akhbar The Telegraph: "Kita tidak mahu memberi amaran yang salah. Kita benar-benar percaya bahawa ancaman ini adalah serius."

Hampir dua tahun sejak insiden yang mengorbankan 38 orang, kebanyakannya adalah pelancong Britain, terbunuh dalam serangan ISIS di Sousses di Tunisia. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain