suria

Susulan Amaran Keganasan, Penumpang Eurostar Dilarang Bawa Cecair

PENUMPANG kereta api laju Eurostar dilarang membawa masuk cecair susulan amaran mengenai ancaman keganasan pada minggu ini.

Penumpang terpaksa meninggalkan wangian, minuman beralkohol dan kelengkapan peribadi di bahagian daftar masuk di Brussels pada pagi Selasa lalu tanpa sebarang amaran awal.

Kawalan keselamatan juga diperketatkan dan bilangan anggota pihak berkuasa ditambah selepas polis persekutuan Belgium menerima amaran berhubung ancaman membabitkan kereta api itu bagi perkhidmatan dari Brussels ke London pada waktu pagi.

Kebiasaannya, Eurostar tidak mengehadkan jumlah cecair yang boleh dibawa ke dalam kereta api tersebut.

Kakitangan Eurostar melaporkan terdapat sebuah helikopter mengekori kereta api itu sebaik sahaja ia meninggalkan ibu negara Belgium dalam perjalanan ke Britain. - Mail Online


Eurostar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain