suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diplomat AS Bersekongkol Dengan Ejen Perisik China

WASHINGTON: Seorang diplomat wanita Amerika Syarikat (AS) yang telah menerima puluhan ribu dolar dan hadiah daripada ejen perisikan China sebagai pertukaran untuk maklumat rahsia negara telah didakwa kerana tidak mendedahkan hubungannya dengan warga asing itu.

Difahamkan, wanita itu menerima wang tunai dan iPhone untuk dirinya tetapi kebanyakan wang terbabit diserahkan kepada seorang lelaki muda separuh usianya yang tinggal bersamanya di Beijing dan Shanghai.

Jabatan Kehakiman berkata, Candace Marie Claiborne, 60, mengenali dua lelaki China yang sering berhubung dengannya ketika bertugas dengan Jabatan Negara AS di negara itu.

Malah, Claiborne juga dipercayai mengenali beberapa pegawai perkhidmatan keselamatan China yang lain dan menerima wang daripada mereka sebagai pertukaran dengan maklumat rahsia.

Sementara itu, menurut Mahkamah Persekutuan Daerah di sini, ejen China itu dikatakan membayar yuran sekolah fesyen lelaki muda itu, sewa pangsapuri, mesin jahit, percutian dan keperluan lain yang diminta Claiborne.

"Candace Marie Claiborne adalah kakitangan Jabatan Negara AS yang mempunyai rahsia keselamatan dan didakwa gagal melaporkan hubungan beliau dengan ejen perisikan asing China yang memberi wang tunai ribuan dolar sebagai hadiah dan faedah," kata Pemangku Penolong Peguam Negara, Mary McCord dalam satu kenyataan. - AFP





Diplomat AS, China, Claiborne

Artikel Sebelum

Artikel Lain