suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Telan 1,000 Syiling, Omsin Mati Akibat Keracunan Darah

Seekor penyu betina 'Omsin' yang terkenal seluruh dunia kerana menjalani pembedahan selepas menelan hampir 1,000 duit syiling seberat lima kilogram mati pada Selasa akibat keracunan darah. -fotoREUTERS

BANGKOK: 'Omsin', penyu betina yang mendapat perhatian media antarabangsa kerana menelan hampir 1,000 syiling seberat 5 kilogram, mati akibat keracunan darah pada Selasa.

Kematian reptilia itu, yang juga dikenali dengan nama 'Piggy Bank' di Thailand, diumumkan Nantarika Chansue, pakar veterinar di Pusat penyelidikan Akuatik, Chulalongkorn University di sini.

"Omsin mati pada 10.10 pagi ini (waktu tempatan)," katanya kepada pemberita, yang sentiasa menantikan maklumat terkini mengenai reptilia itu sejak tersebarnya berita tentang keadaan kesihatannya yang merosot beberapa hari lepas.

Nantarika dan pasukannya menjaga penyu berusia 25 tahun itu sejak mereka melakukan pembedahan selama tujuh jam bagi mengeluarkan syiling seberat 5kg daripada saluran penghadamannya awal bulan ini.

Berita tentang pembedahan terhadap 'Omsin' menarik perhatian media antarabangsa dan usaha memulihkan kesihatannya menjadi tumpuan akhbar tempatan, manakala rakyat Thailand pula mengharapkan reptilia itu segera sembuh.

Sebelum memperoleh status antarabangsa, penyu itu ditempatkan di sebuah kolam di Wilayah Chon Buri, yang menjadi tumpun penduduk tempatan melempar syiling dengan harapan memperoleh tuah. -Bernama

Omsin, telan syiling, Piggy Bank

Artikel Sebelum

Artikel Lain