suria

El Nino Peru Berlarutan Sebulan Lagi

LIMA: Fenomena El Nino luar biasa yang melanda Peru mengakibatkan negara itu berdepan bencana alam untuk tempoh sebulan lagi.

Perkara itu diberitahu Perdana Menteri, Fernando Zavala dalam usaha untuk memastikan rakyat negara itu bersiap sedia menghadapi situasi itu.

Setakat ini, hujan lebat telah menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh, air sungai melimpah, banjir lumpur, tanaman dan kediaman musnah.

Sehingga kini juga 12,000 rumah, 25 sekolah dan lapan hospital atau klinik serta hampir 9,000 hektar kawasan pertanian terjejas.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 75 terkorban manakala 263 cedera dan lebih 70,000 hilang tempat tinggal selepas negara itu dilanda musim tengkujuh dengan taburan hujan 10 ganda lebih tinggi berbanding biasa.

Kira-kira 811 bandar telah diisytiharkan darurat selepas beberapa kawasan di utara Piura, Lambayeque, La Libertad dan Ancash merekodkan taburan hujan luar biasa hingga menyebabkan 100,000 penduduk mengalami kerugian akibat kemusnahan harta benda.

Sementara itu, saintis di Jawatankuasa El Nino, Dimitri Gutierrez berkata, pemanasan permukaan suhu laut di Pasifik dijangka berterusan sepanjang pantai utara Peru sehingga bulan depan. 

"Ia  cenderung  disusuli fenomena El Nino global yang boleh menyebabkan banjir dan kemarau di negara berbeza," katanya.  

Peru, El Nino

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain