suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tren 'Tembus' Rumah Pangsa

LANDASAN tren aliran ringan dibina melalui terowong di bangunan kediaman 19 tingkat di bandar tanah tinggi Chongquing, China.

Penduduk boleh menaiki tren di stesen Liziba yang terletak di aras enam bangunan setinggi lapan tingkat itu.

Walaupun pengangkutan awam itu dibina hanya beberapa langkah dari pintu rumah pangsa penduduk bandar itu, bunyi bising tidak mengganggu kehidupan harian mereka kerana penggunaan teknologi khas telah memberi keselesaan kepada penduduk terlibat.

Bagi penduduk di situ, bunyi tren itu umpama gegaran kecil yang dihasilkan mesin basuh sahaja.

Dengan kaedah terkini itu, pelaksana projek itu telah menyelamatkan rumah pangsa itu daripada dirobohkan untuk memberi laluan kepada tren berkenaan.

Jurucakap pengangkutan awam bandar itu berkata, bandar yang sesak dengan 49 juta penduduk itu menyukarkan pihak berkuasa tempatan untuk mencari ruang bagi membina jalan dan landasan. - DailyMail


 

tren, China

Artikel Lain