suria

LiFi 100 Kali Lebih Pantas Berbanding WiFi

DALAM tempoh lima tahun lagi, kelajuan jalur lebar (WiFi) di rumah anda akan meningkat sebanyak 100 kali ganda selepas sekumpulan saintis di Belanda menemukan cara baharu untuk meningkatkan keupayaan teknologi tersebut.

Pakar dari Universiti Teknologi Eindhoven mendakwa, mereka boleh meningkatkan kelajuan WiFi dengan menggunakan sinaran cahaya infra merah yang dikenali sebagai LiFi.

Menurut laporan Mail Online, LiFi berfungsi sebagai antena cahaya yang memancarkan gelombang kepada peralatan yang menggunakan jalur lebar, sekali gus menguatkan isyarat peranti tersebut.

Jelas laporan itu, sistem baharu berkenaan mempunyai kapasiti yang lebih besar daripada 40 gigabit sesaat (Gbps) bagi setiap pancaran.

Malah teknologi berkenaan hanya bergantung kepada cahaya daripada fiber optik dan tidak memerlukan tenaga elektrik.

Antena itu yang dipasang di beberapa lokasi strategik akan memancarkan cahaya (isyarat internet) pada jarak gelombang dan sudut yang berbeza.

Sistem WiFi yang digunakan pada masa ini bergantung kepada isyarat radio dengan frekuensi hanya 2.5 sehingga 5 gigahertz tetapi LiFi boleh mencapai frekuensi yang lebih tinggi iaitu 200 terahertz.

Sistem jalur lebar terbaik yang wujud pada hari ini boleh mencapai kelajuan 300 megabit sesaat, iaitu 100 kali lebih lambat berbanding LiFi.


LiFi, WiFi

Artikel Berikut

Artikel Lain