suria

Lamar Kekasih Guna Meteorit

Lamaran 'batu angkasa' oleh Liu Fei diterima oleh kekasihnya. - Ihsan cdn.bignewsnetwork.com

BEIJING: Lamaran menggunakan cincin sudah menjadi perkara biasa sejak berkurun lalu.

Namun bagi seorang lelaki di China, dia memiliki cara yang lebih unik apabila melamar kekasihnya menggunakan batu seberat 33 tan yang didakwa sebagai batu angkasa atau meteorit.

Liu Fei dari Urumqi, China, baru-baru ini menggemparkan media tempatan apabila melamar kekasihnya, pada 14 Mac lalu di khalayak ramai dan ternyata usahanya itu berbalai apabila lamarannya diterima.

Namun kos lamaran itu tidak murah kerana Liu Fei terpaksa menghabiskan wang sebanyak 1 juta yuan (RM642,630) untuk membeli batu tersebut walaupun duit berkenaan pada awalnya disimpan dengan tujuan membeli pangsapuri baharu.

Menurut Liu Fei, dia tidak kisah berbelanja besar untuk mendapatkan batu tersebut dan sudah merancang selama setahun bagi menjayakan lamarannya itu.

Katanya, idea itu tercetus apabila dia bersama kekasihnya melancong ke bandar purba Kashgar dan bertemu dengan seorang pengumpul tempatan yang memiliki batu meteorit tersebut.

Walaupun pada awalnya kekasih Liu Fei tidak teruja untuk melihat batu tersebut, tetapi apabila pertama kali melihat meteorit berkenaan, wanita itu seolah-olah sudah jatuh cinta dengannya.

"Beberapa bulan kemudian, saya menghubungi pemilik meteorit itu dan membelinya dengan nilai 1 juta yuan.

"Bagi saya, batu angkasa merupakan simbol kestabilan dan berkekalan dalam perkahwinan," katanya seperti dilaporkan Oddity Central.

Liu Fei, Lamar Kekasih, Meteorit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain