suria

Syria Tembak Jatuh Pesawat Tentera Israel

Gambar hiasan jet pejuang Israel. Foto: AFP PHOTO / JACK GUEZ

DAMASCUS: Angkatan Pertahanan Udara Syria menembak jatuh satu daripada empat pesawat juang Israel yang melakukan serangan udara terhadap tentera Syria di tengah wilayah Hom pada Jumaat, menurut kenyataan tentera Syria lapor agensi berita China Xinhua. 

Empat pesawat perang Israel memasuki ruang udara Syria kira-kira 2.40 pagi Jumaat yang mensasarkan kawasan tentera berdekatan bandar Palmyra di timur Homs.

Menurut kenyataan tentera, pertahanan udara Syria bertindak balas terhadap serangan udara itu dan berjaya menembak jatuh satu pesawat Israel selain memaksa pesawat lain berundur.  

"Serangan itu menunjukkan sokongan rejim zionis terhadap pengganas Daesh dan satu usaha terdesak bagi mengembalikan semula semangat mereka yang telah jatuh," tambah kenyataan itu lagi. 

Tentera Syria kini siap sedia dan akan menggunakan segala cara serta usaha untuk berdepan apa jua bentuk serangan Israel. 

Pertahanan Syria juga dalam usaha besar-besaran untuk memerangi kumpulan Daesh di timur Homs dan baru-baru ini berjaya menawan semula bandar Palmyra.-Bernama

Syria, Israel, Pesawat

Artikel Lain