suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Swafoto Bersama Trump III, Dua Ejen Perisik AS Disiasat

DUA ejen perisikan disiasat kerana berswafoto dengan cucu lelaki Donald Trump ketika kanak-kanak berusia lapan tahun itu sedang tidur dalam kereta.

Kedua-dua anggota keselamatan Amerika Syarikat (AS) itu didakwa bergambar dengan Donald Trump III minggu lalu ketika dalam perjalanan dari Westchester di New York ke Manhattan.

Trump III dikatakan terkejut apabila terjaga dari tidur dan menyedari gambarnya dirakam.

Susulan itu, Trump III telah memaklumkan perkara itu kepada ibu bapanya, Donald Jr dan Vanessa menyebabkan kedua-dua ejen perisik itu disiasat.

Anak bongsu pasangan itu memberiahu ibunya mengenai kejadian itu sebaik tiba di kediaman mereka.

Insiden itu turut mendapat perhatian pengurusan tertinggi Perkhidmatan Perisik dan kedua-dua ejen terlibat dipersoalkan tanggungjawab profesional mereka ketika menjalankan tugas.

Menurut jurucakap khidmat risikan itu, pihaknya maklumat mengenai insiden berswafoto dengan Trump III melibatkan dua ejennya.

"Kami akan meneliti kejadian ini untuk memastikan ketepatan fakta, amalan protokol dan prosedur khusus diikuti dalam menjalankan tugas," kata kenyataan itu.





AS, Trump III

Artikel Lain