62 Maut, 12,000 Rumah Musnah Akibat Bencana Alam Di Peru - Dunia | mStar

62 Maut, 12,000 Rumah Musnah Akibat Bencana Alam Di Peru

Keadaan air di Sungai Huaycoloro di Lima begitu deras sejak tiga hari lalu telah menghanyutkan dua lori.

LIMA: Hujan lebat yang digambarkan sebagai bencana luar biasa melanda Peru hingga mengakibatkan kira-kira 62 orang maut, manakala 12,000 rumah musnah.

Lebih memburukkan keadaan apabila berlaku banjir, tanah runtuh dan ribut akibat cuaca buruk sejak tiga hari lalu.

Pihak berkuasa menjangkakan hujan lebat disebabkan  pemanasan permukaan perairan di timur Lautan Pasifik akan berterusan selama dua minggu lagi.

Sementara itu, sekolah di seluruh negara juga ditutup selepas Sungai Huaycoloro melimpah dan menghanyutkan dua lori.

Malahan, keadaan air yang deras juga mengancam keselamatan jambatan yang menjadi kegunaan harian penduduk.

Pada lewat Rabu malam, Presiden Pedro Pablo Kuczynski, mengumumkan pihak berkuasa menawarkan penempatan sementara dan bantuan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal. 




Peru , Sungai Huaycoloro

Artikel Sebelum

Patung Harimau 'Senyum' Dikritik Netizen

Artikel Lain