suria

'Power Rangers' Mengaku Guna Pedang Tikam Rakan

LOS ANGELES: Pelakon Ricardo Medina yang memegang watak dalam siri televisyen kanak-kanak Power Rangers, mengaku bersalah terhadap dakwaan menikam rakan sebiliknya hingga menyebabkan kematian.

Kenyataan pejabat Peguam Daerah Los Angeles memberitahu, Medina, 38, mengaku bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian dengan sengaja.

Dalam kejadian 31 Januari lalu, Medina mengaku menggunakan pedang untuk menikam, Josh Sutter, 36.

Menurut kenyataan itu, kejadian berpunca daripada perbalahan mereka mengenai teman wanita Medina sebelum insiden yang membawa kepada pembunuhan itu.

Pelakon itu menghadapi hukuman enam tahun penjara dan mahkamah menetapkan 30 Mac ini untuk keputusan kes itu.

Medina yang berketurunan Puerto Rico, muncul dua kali dalam siri televisyen itu iaitu pada 2002 sebagai Cole Evans menerusi Power Ranger Merah dan pada 2011 sebagai Deker untuk watak pemain pedang jahat.

Power Rangers, Medina

Artikel Berikut

Artikel Lain