suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penawar Virus HIV Sudah Ditemui?

GAMBAR HIASAN

MADRID: Lima pesakit yang dijangkiti virus maut HIV, dilaporkan telah bebas daripada penyakit tersebut sejak tujuh bulan lalu selepas mengambil vaksin baharu.

Rawatan tersebut yang diusahakan oleh saintis di Sepanyol, membolehkan pesakit berhenti untuk mengambil ubat antiretroviral (ARV), kaedah yang digunakan buat masa ini untuk menyekat virus HIV.

Saintis Sepanyol berkata, keputusan terbaharu itu masih belum diuji secara besar-besaran tetapi vaksin berkenaan mungkin boleh menyembuhkan penyakit HIV.

Pencapaian itu juga merupakan yang pertama sejak usaha mencari penawar HIV dilaksanakan kira-kira 30 tahun lalu.

Menurut saintis dari Institut Kajian AIDS IrsiCaixa di Barcelona, Dr Beatriz Mothe, pencapaian tersebut membuktikan konsep vaksin terapeutik boleh mengawal virus maut itu.

Jelasnya, kajian yang dilaksanakan melibatkan 13 pesakit HIV yang menjalani rawatan ARV sejak tiga tahun lalu.

"Walaupun rawatan ARV mengurangkan virus HIV tetapi rawatan itu terhad dan boleh berjangkit kepada orang lain.

"Menerusi kaedah baharu, pesakit akan dicucuk dnegna penawar dan tidak lagi menjalanai rawatan ARV.

"Selepas empat minggu, keputusan menunjukkan virus pada lapan pesakit meningkat semula tetapi lima pesakit tidak mempunyai tanda-tanda virus HIV.

"Kami percaya virus itu tidak dapat dikesan buat sementara waktu dan kajian lebih lanjut akan dilaksanakan," katanya seperti dilaporkan MailOnline.

HIV, AIDS

Artikel Sebelum

Artikel Lain