Tidak Sengaja Buat Panggilan, Nenek Kahwini Lelaki Muda 54 Tahun - Dunia | mStar

Tidak Sengaja Buat Panggilan, Nenek Kahwini Lelaki Muda 54 Tahun

Sofian dan Martha kini bergelar suami isteri. - Facebook

JAKARTA: Cinta tanpa sempadan. Itulah kata-kata yang layak digambarkan untuk kisah romantik seorang lelaki berusia 28 tahun di Indonesia yang jatuh cinta dengan wanita berumur 82 tahun.

Menariknya, menurut portal OddityCentral,  kisah percintaan kedua-dua mereka yang berakhir di jenjang pelamin, bermula menerusi satu panggilan telefon yang tidak disengajakan.

Mengimbas kembali detik permulaan kisah cinta antara Sofian Loho Dandel dan Martha Potu, lelaki yang berasal dari Mantehage, itu berkata, dia menerima panggilan yang tidak dikenali kira-kira setahun lalu.

Selepas menjawab panggilan tersebut, dia mendapati wanita berkenaan tidak sengaja mendail nombor telefonnya.

Bagaimanapun panggilan itu tidak berakhir begitu sahaja apabila kedua-dua mereka mula berbual untuk mengetahui antara satu sama lain.

"Sejak itu, kami saling berhubung tanpa saya mengetahui usiannya yang sebenar.

"Saya tidak pernah bercinta dan ini kali pertama saya jatuh cinta," kata Sofian.

Selepas beberapa bulan berhubung, Sofian mengambil keputusan untuk menemui kekasihnya dan mengembara sejauh 120 kilometer ke Kampung Lelema yang terletak di Minahasa Selatan.

Apabila bertemu Martha, Sofian mengakui dia terkejut dengan usia kekasihnya itu yang 54 tahun lebih tua berbandingnya.

"Saya tidak menyangka Martha setua ini.

"Namun kami benar-benar saling mencintai dan mahu meneruskan hubungan ini," katanya.

Beberapa bulan selepas pertemuan kali pertama itu, mereka berdua mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan sebelum berkahwin.

Walaupun pada awalnya mendapat tentangan daripada ahli keluarga masing-masing, pasangan kekasih itu berjaya disatukan pada 18 Februari lalu dalam majlis yang serba sederhana.

Martha berkata, dia kematian suami kira-kira 10 tahun lalu dan sejak itu dia sering berdoa untuk bertemu pengganti bagi menemani sisa hidupnya.

Anak-anaknya kini sudah berhijrah ke luar negara dan menetap di Jerman serta Arab Saudi.

"Saya selalu berdoa untuk mendapat suami bagi menjaga saya pada usia senja sebegini.

"Tidak sangka Tuhan memberikan Sofian kepada saya," katanya.

Sofian Loho Dandel , Martha Potu , Kahwin

Artikel Sebelum

Penawar Virus HIV Sudah Ditemui?

Artikel Berikut

Israel Enggan Pulangkan Wilayah Syria

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain