suria

Israel Enggan Pulangkan Wilayah Syria

SEBUAH kereta kebal Israel mengawal kawasan Golan Heights yang dijajah daripada Syria sejak 1967. - AGENCY

SYDNEY: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa rejim Zionis tidak akan menghentikan penjajahan selama berdekad-dekad di wilayah Golan Heights yang merupakan milik Syria.

Wilayah tersebut yang terletak di sempadan Syria-Israel dijajah sejak Jun 1967 sehingga ke hari ini.

"Saya mahu anda semua datang ke Israel, berjalan di Baitulmaqdis dan mendaki bukit di Golan Heights.

"Golan tidak akan dipulangkan semula kepada Syria dan wilayah itu akan sentiasa menjadi sebahagian Israel," kata Netanyahu selepas mengadakan petemuan dengan rakan sejawatnya dari Australia, Malcolm Turnbull di Sydney pada Khamis.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu pada hari yang sama ketika kira-kira 1,000 penunjuk perasaan berkumpul di Dewan Perbandaran Sydney untuk membantah tindakan kerajaan Australia menerima kehadiran pemimpin Israel itu.

Pendirian Netanyahu juga bertentangan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diluluskan pada November tahun lalu untuk meminta Israel berundur dari Golan Heights.

Rejim Zionis mengukuhkan kedudukan di Golan Heights berpuluh-puluh penempatan haram di kawasan berkenaan selain menjadikan lokasi itu untuk menjalankan operasi ketenteraan ke atas kerajaan Syria.

Artikel Berikut

Artikel Lain