suria

Telefon Hitler Dilelong

WASHINGTON: Telefon peribadi milik pemimpin Nazi, Adolf Hitler yang banyak digunakan diktator itu ketika Perang Dunia Kedua, telah dilelong.

Telefon hitam sebelum dicat merah dan diukir nama Hitler itu ditemui di kubu pemimpin itu di Berlin pada 1945 selepas kekalahan rejim berkenaan.

Rumah lelongan Alexander Historical menganggarkan telefon itu berharga antara AS$200,000 (RM890,60) dan AS$300,000 (RM1.3 juta).

Syarikat itu pada hari ini melelong lebih 1,000 barangan termasuk telefon putar jenama Siemens yang diukir lambang swastika dan simbol helang empayar Nazi.

Telefon itu dianggap sebagai ‘senjata’ sepanjang zaman kerana digunakan bagi mengeluarkan arahan yang membunuh jutaan nyawa.

Hitler dipercayai menggunakan telefon itu untuk mengeluarkan arahannya ketika dua tahun terakhir Perang Dunia Kedua.

Rusia menghadiahkan telefon itu kepada pegawai tentera Britain, Sir Ralph Rayner ketika melawat kubu itu tidak lama selepas Jerman menyerah kalah.

Anak lelaki Rayner mewarisi telefon itu sebelum menjualnya.

Cat merah pada telefon itu mula menggelupas dan mendedahkan warna asalnya iaitu hitam. - AFP

Hitler, Nazi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain