suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Dubai Arah Model Rusia Tandatangani Perjanjian

DUBAI: Polis Dubai memanggil model Rusia yang melakukan aksi ngeri untuk sesi penggambaran di sebuah bangunan pencakar langit menandatangani perjanjian untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

Rakaman video model yang dikenal pasti sebagai Viktoria Odintcova, 23, menjadi viral selepas ia dimuat naik dalam laman Instagram awal minggu ini. Model itu dilihat bergantung di Menara Cayan, bangunan 73 tingkat tanpa sebarang peralatan keselamatan dengan hanya dipegang oleh seorang pembantu lelaki.

Timbalan Ketua Polis Dubai, Mejar Jeneral Khalil Ibrahim al-Mansouri dipetik akhbar al-Ittihad sebagai berkata, Odintcova sudah dipanggil untuk menandatangani perjanjian supaya tidak mengulangi tindakan berbahaya yang boleh mengancam nyawanya di Dubai. 

"Apa yang dilakukan wanita Rusia itu boleh mengancam nyawanya," kata Mansouri.

Katanya, adalah penting penduduk di bandar Semenanjung Arab itu untuk tidak melakukan hobi berbahaya yang tidak mengambil langkah keselamatan atau mendapatkan kebenaran  pihak berkuasa.

Video itu ditonton lebih 500,000 kali selepas ia dimuat naik dalam akaun Instagram Odintcova.-Reuters

Rusia, Dubai, Viktoria Odintcova

Artikel Sebelum

Telefon Hitler Dilelong

Artikel Lain