suria

Gagal Patuh Gaji Minimum, Syarikat Britain Didenda RM8.3 Juta

LONDON: Anak syarikat rangkaian pasar raya Sainsburry, Argos didenda 1.5 juta pound (RM8.3 juta) oleh pihak kastam Britain selepas didapati membayar gaji pekerja lebih rendah daripada yang gaji minimun yang ditetapkan kerajaan.

Menurut laporan portal The Independent, kira-kira 37,000 pekerja Argo akan menerima purata pampasan sebanyak 64 pound (RM355) setiap orang selepas kesalahan syarikat itu didedahkan oleh pemilik baharu Sainsburry.

Syarikat itu mengambil-alih rangkaian kedai katalog popular di Britan sejak enam bulan lalu, mendedahkan pekerja menerima bayaran lebih sedikit daripada yang ditetapkan.

Perkara itu berlaku disebabkan syarikat Argo tidak mengambil kira waktu sesi taklimat dan pemeriksaan keselamatan dalam kalangan staf walaupun kedua-dua sesi tersebut diadakan pada waktu kerja.

Laporan The Independent itu menjelaskan, bayaran kepada semua staf terlibat akan dibuat pada hujung bulan ini dengan melibatkan jumlah 2.4 juta pound (RM13.5 juta).

Ketua Eksekutif Argos, John Rogers dalam kenyataannya berkata, perkara itu dikesan pada tahun lalu apabila pihak kastam melakukan lawatan rutin untuk memeriksa sistem dan proses yang dilaksanakan di rangkaian kedai tersebut.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati, Argos membayar pekerja dengan gaji yang lebih rendah, sekali gus mengundang tindakan daripada pihak berkuasa.

"Syarikat induk, Sainsburry yang menjadi jenama kepercayaan ramai pelanggan, berasa kecewa dengan hal ini dan melancarkan siasatan segera.

"Proses baharu telah diperkenalkan kepada staf untuk mereka menikmati gaji yang lebih tinggi dan kami akan memastikan perkara ini tidak berulang," katanya.




Argos, Sainsburry

Artikel Sebelum

Siti Aisyah Pendiam, Naif - Jiran

Artikel Berikut

Artikel Lain