suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Kucing Dua Kepala, Tiga Mata

SEORANG lelaki dari Shenyang di wilayah Liaoning, China, terkejut apabila kucing betinanya melahirkan anak kucing yang mempunyai dua kepala dan tiga biji mata.

Pemilik kucing itu, Xiao Wei mendakwa anak kucing tersebut masih hidup dan dalam keadaan baik.

Bagaimanapun dia tidak pasti berapa lama jangka hidup anak kucing ajaib itu.

Selain itu, anak kucing itu hanya boleh makan menggunakan satu mulutnya sahaja.

Terkejut dengan penemuan itu, Xiao Wei memuat naik gambar anak kucing tersebut di laman Weibo (media sosial China).

Tanpa diduga gambar tersebut mendapat banyak maklum balas di kalangan netizen.

Kebanyakan mereka berasa lega apabila dimaklumkan anak kucing itu boleh makan dan mengharapkan agar ia dapat hidup lebih lama.


anak kucing ajaib

Artikel Berikut

Artikel Lain