suria

Nestle Perkenal KitKat 'Sushi'

Sushi versi KitKat diperkenalkan Nestle di Tokyo. Foto Reuters

TOKYO: Nestle memperkenalkan sushi versi bar biskut coklat popular KitKat di Tokyo.

Set yang mengangdungi tiga jenis 'sushi' itu diperkenalkan pada Khamis. 

Ia dibuat dalam bentuk tuna, landak laut dan telur dadar, tetapi sebenarnya adalah kitkat berperisa raspberi, keju 'mascarpone' dan labu puding yang diletakkan di atas nasi bersalut gula.

Pengurus Pemasaran KitKat Nestle Jepun, Ryoji Maki berkata, idea untuk menghasilkan bar coklat itu dimasukkan elemen lebih menarik menjelang Hari Kekasih.

"Saya berharap pelanggan-pelanggan kami tertarik dengan wajah KitKat 'sushi' ini," kata Maki kepada Reuters Television.

Bagaimanapun, KitKat 'sushi' bukan untuk dijual, tetapi pelanggan yang berbelanja lebih 3,000 yen (RM117.96) di kedai KitKat Nestle yang baharu di lokasi membeli-belah Ginza di Tokyo akan menerima satu pek sebagai hadiah, bermula Jumaat.

"Ia bersempena musim Hari Kekasih, jadi saya harap coklat sushi ini akan menjadi tambahan kepada hadiah coklat yang akan memberikan lebih banyak kejutan dan keseronokan," ujar Maki.

Jepun sering memperkenalkan KitKat berperisa eksotik termasuk wain beras, kentang bakar dan kicap soya. - Reuters


sushi, KitKat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain