suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dihukum 'Kalung Tong Gas' Akibat Mencuri

BOGOR: Seorang lelaki menerima padah apabila diikat pada tiang dan lehernya digantung dengan tiga tong gas selepas dia ditangkap cuba mencuri peralatan memasak berkenaan.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Boy berkata, kejadian itu berlaku kelmarin apabila lelaki itu berpura-pura datang ke sebuah rumah penduduk di Pondok Damai di sini.

Katanya, ketika mangsa keluar sebentar, lelaki itu mengambil kesempatan masuk ke dalam rumah dan mencuri tiga tong gas memasak yang setiap satunya seberat tiga kilogram.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu disedari jiran mangsa yang terus mengejar suspek dan menangkapnya.

“Beberapa penduduk memukul lelaki itu sebelum mengikatnya pada tiang elektrik.

“Seorang penduduk kemudian mengambil tong gas yang dicuri itu dan menggantung pada leher lelaki berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu dipaksa menahan berat tong gas itu di lehernya selama hampir sejam sebelum anggota polis datang dan menahannya.

Jurucakap polis, Tri Lesmana memberitahu, suspek dilepaskan dengan amaran selepas mangsa enggan membuat laporan mengenai kejadian itu.

Curi

Artikel Lain