suria

Sakit Kepala Akibat Lipas Masuk Dalam Tengkorak

NEW DELHI: Seorang wanita di India tidak menyangka sakit kepala yang dialaminya berpunca akibat seekor lipas yang menyusup ke tengkoraknya.

Kejadian itu berlaku pada Selvi, 42, yang berasa 'kepanasan' di bahagian kepala ketika sedang tidur di rumahnya baru-baru ini.

Akibat tidak tahan, Selvi mendapatkan rawatan di hospital dan doktor yang melakukan pemeriksaan terkejut apabila mendapati seekor lipas bergerak di dalam bahagian hidung kanan wanita itu.

Ketika doktor cuba mengeluarkan serangga itu, lipas berkenaan berada di bahagian dalam rongga mata mangsa.

Lipas itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan menggunakan kaedah endoskopi dan serangga berkenaan masih hidup ketika dibawa keluar.


Menurut pakar, jika lipas itu mati di dalam rongga, otak Selvi akan mengalami jangkitan, sekali gus membahayakan nyawanya.

"Saya dapat rasakan pergerakan dalam hidung kanan ketika sedang tidur.

"Sebelum sempat berbuat apa-apa, 'benda' itu bergerak lebih dalam.

"Sukar untuk menyatakan perasaan ketika itu, tetapi saya pasti 'benda' tersebut merupakan serangga," Selvi yang berasal dari Injambakkam.

Doktor mengambil masa 45 minit untuk mengeluarkan lipas berkenaan yang kemudiannya diletakkan dalam balang kaca.

Pakar hospital berkenaan, Dr M N Snankar berkata, kejadian itu merupakan kali pertama yang dihadapinya dalam tempoh 30 tahun.

"Lipas itu berada di tengkorat Selvi, antara dua mata dan berdekatan dengan otak.

"Sukar untuk mengeluarkan serangga itu kerana kedudukannya yang sempit tetapi saya bersyukur kerana berjaya menyelesaikan tugas tersebut," katanya.

Lipas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AS Benarkan Perogol Saman Mangsa

Artikel Lain