suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Benarkan Perogol Saman Mangsa

NEW YORK: Satu undang-undang kontroversi diluluskan di sebuah negeri di Amerika Syarikat yang membenarkan perogol untuk mengemukakan saman terhadap mangsanya.

Undang-undang baharu tersebut yang dikuatkuasakan di Arkansas membolehkan perogol menyaman mangsa yang cuba menggugurkan kandungan.

Berdasarkan peraturan itu yang akan bermula pertengahan tahun ini, keluarga perogol boleh mengekang mangsa menggugurkan kandungan dengan mengemukakan saman.

Dan yang lebih membimbangkan, undang-undang ini juga membolehkan suami menyaman isteri yang mahu melakukan perkara sama terhadap kandungan mereka.

Wakil Arkansas, Andy Mayberry yang menandatangani Akta Arkansas 45, berkata, walaupun perogol boleh menghalang mangsa menggugurkan bayi tetapi mereka tidak boleh menuntut ganti rugi atas kes rogol tersebut.

Mengikut akta tersebut, wanita yang didapati menggugurkan kandungan yang berusia lebih 14 minggu, boleh dikenakan denda sebanyak AS$10,000 (RM44,000) atau penjara enam tahun.

Undang-undang itu ternyata mendapat bantahan banyak pihak terutamanya golongan wanita yang menyifatkan hak mereka dinafikan.

Akta 45, Arkansas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain