suria

Cucu Trump Nyanyi Lagu Mandarin Curi Tumpuan

Arabella bersama patung singa.

SEBUAH video yang menunjukkan cucu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyanyi lagu tradisional Tahun Baru Cina dalam bahasa mandarin berjaya mencuri tumpuan di China dan AS.

Arabella, 5, menyanyikan lagu tradisional kanak-kanak bertajuk  “Happy New Year” sambil memegang patung singa dalam sebuah video yang dimuatnaik di Twitter pada Khamis oleh ibunya, Ivanka Trump.

Kanak-kanak itu dilihat meniup ciuman dan tunduk kepada penonton dalam talian di penghujung video tersebut.

"Arabella menyanyi sebuah lagu yang dipelajarinya untuk #TahunBaruCina," tulis Ivanka Trump dalam kapsyen video berdurasi 37 saat itu.

Video itu muncul selepas Ivanka Trump membawa anak perempuannya ke Kedutaan China di Washington untuk menghadiri satu majlis meraikan sambutan musim bunga tahunan pada Rabu.

Lawatan tersebut dan mesej di Twitternya merupakan ucapan yang dibuat secara peribadi keluarga Trump kepada masyarakat China kerana tiada mana-mana Presiden AS sebelum ini pernah menghantar mana-mana ucapan selamat tahun baru di laman web rasmi White House.

Ivanka Trump sering berkongsi video dan gambar Arabella bercakap dalam bahasa Cina dan meraikan budaya masyarakat tersebut kerana anak perempuannya itu sudah mempelajari bahasa berkenaan sejak berusia 18 bulan.



Arabella, Ivanka Trump

Artikel Sebelum

Artikel Lain