suria

Lelaki Bersenjata Ditembak Cuba Masuk Muzium Louvre

-fotoREUTERS
PARIS: Seorang askar Perancis pada Jumaat menembak seorang lelaki bersenjatakan pisau selepas dia cuba masuk ke dalam muzium Louvre di pusat bandar Paris dengan membawa sebuah beg pakaian, menurut sumber polis.

Satu sumber berkata, lelaki itu cuba masuk ke pusat beli-belah muzium tersebut dan menyerang seorang tentera sebelum ditembak. Dia cedera parah.

Polis berkata, kawasan tersebut telah dipindahkan dan Kementerian Dalam Negeri di Twitter menyifatkan kejadian itu sebagai 'serius'.

Pegawai-pegawai di Louvre berkata, muzium itu telah ditutup dan pelawat yang berada di bahagian dalam muzium ketika serangan masih kekal di situ.

Seorang saksi Reuters di tempat kejadian berkata polis telah mengepung akses masuk ke muzium.

Perancis telah berdepan siri serangan militan Islam sejak dua tahun lalu yang telah membunuh lebih dari 230 orang.

Serangan maut terbaru berlaku di selatan bandar Nice apabila seorang lelaki memandu sebuah trak ke arah orang ramai di pinggir laut, membunuh 86 orang.

Dua serangan berpotensi telah digagalkan pada September termasuk satu rancangan oleh sekumpulan wanita yang meletak kereta yang mengandungi kanister gas berhampiran Katedral Notre Dame Paris.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain