suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah Trump Dicetak Pada Bungkusan Heroin

Antara bungkusan dadah yang berjaya dirampas.

POLIS Florida merampas kira-kira 5,500 paket heroin yang dibalut menggunakan bungkusan dicetak wajah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat.

Sindiket dadah terbesar di wilayah Hernando itu berjaya dilumpuhkan pada 27 Januari lalu selepas melalui satu proses risikan yang panjang.

Pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan tujuan wajah Trump dicetak pada paket tersebut kerana pengedar biasanya mencetak beg heroin dengan 'jenama' jalanan.

Polis turut menahan Kelvin Scott Johson, 46, kerana disyaki menyeludup heroin dan dakwaan lain.

Suspek diikat jamin dengan AS$75,000 (RM332,000).

Peguam Negara Florida, Pam Bondi, berkata pengedar dadah itu membuat kesilapan besar dengan menggunakan gambar ahli perniagaan terkemuka tersebut.


Donald Trump, paket heroin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nestle Perkenal KitKat 'Sushi'

Artikel Lain