suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PBB Kecam Tindakan Israel Lulus Penempatan Baharu

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan Israel meluluskan lebih banyak projek pembinaan penempatan haram di wilayah Palestin sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric berkata, tindakan tersebut secara jelas menghalang keamanan yang mahu dicapai oleh Palestin dan Israel menerusi penyelesaian dua negara.

"Bagi Guterres, tiada pelan B untuk penyelesaian dua negara.

"Sebarang keputusan secara bersendirian boleh menjadi penghalang kepada keamanan, sekali gus membangkitkan kebimbangan PBB," kata beliau.

PBB mengeluarkan kenyataan itu hanya beberapa jam selepas rejim Zionis mengumumkan projek baharu melibatkan pembinaan 2,500 buah rumah di wilayah Tebing Barat yang dijajah sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Dua hari sebelumnya, lebih 500 buah rumah pendatang haram Yahudi mendapat permit pembinaan di Baitulmaqdis Timur.

Senada dengan PBB, Kesatuan Eropah memberi amaran bahawa tindakan Israel menjejaskan usaha damai antara Palestin dan rejim Zionis.

PBB, Israel

Artikel Lain