suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2,500 Rumah Pendatang Haram Di Bumi Palestin

ISRAEL terus mengingkari desakan antarabangsa apabila meluluskan projek pembinaan 2,500 buah rumah pendatang haram Yahudi di Tebing Barat, dua hari selepas rejim itu memberikan permit lebih 500 buah rumah di Baitulmaqdis Timur.

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman dalam kenyataannya berkata, beliau dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bersetuju untuk meluluskan projek berkenaan bagi memenuhi keperluan perumahan.

Projek itu merupakan antara yang terbesar pernah diumumkan Israel dalam tempoh beberapa tahun lepas, lebih-lebih lagi selepas mendapat sokongan kuat daripada Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang tidak membantah isu penempatan haram berbanding Barack Obama.

Lieberman berkata, majoriti rumah tersebut akan dibina di kawasan penempatan yang sedia ada untuk mudah dikawal dan persediaan jika Israel mencapai perjanjian damai dengan Palestin.

Bagaimanapun, kerajaan Palestin mengutuk keras pelan baharu itu yang secara jelas melanggari undang-undang antarabangsa.

Jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdeneh berkata, keputusan Israel itu akan menjejaskan usaha mengembalikan keamanan di rantau tersebut dan bakal mengundang lebih banyak gerakan pelampau.

"Tindakan rejim Zionis bertentangan dengan pendirian antarabangsa berhubung isu penempatan haram dan masyarakat dunia perlu bertindak lebih serius ke atas Israel," katanya.

Artikel Lain