suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Boeing Dilapor Bakal Ambil-Alih Tugas Misi Pencarian

SYDNEY: Syarikat pembuatan pesawat dan aeroangkasa, Boeing Co. dilaporkan bakal mengambil-alih tugas misi pencarian yang dikini dibiayai oleh kerajaan Australia, China dan Malaysia bagi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Bekas ahli Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, John Goglia berkata, misi pencarian yang dilakukan setakat ini meliputi kawasan seluas kira-kira 74,000 kilometer persegi di Lautan Hindi akan berakhir tidak lama lagi tetapi tugas itu tetap diteruskan dan dipantau oleh pihak persendirian.

"Misi pencarian baharu itu akan melibatkan skala yang lebih kecil dan tertumpu kepada kawasan strategik untuk memperoleh hasil yang lebih baik.

"Malah Boeing telah bersetuju untuk mengetuai tugas merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 tersebut," kata pakar penerbangan itu seperti dilaporkan media Australia.

Bagaimanapun Boeing atau pasukan yang terlibat dalam misi pencarian tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung kenyataan Goglia.

Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur sebelum disahkan terhempas di selatan Lautan Hindi atas sebab yang masih belum dapat dijelaskan.

Lebih sedozen serpihan dan objek yang mempunyai kaitan dengan pesawat itu telah ditemukan setakat ini tetapi pasukan penyiasat masih buntu untuk menentukan lokasi tepat pesawat tersebut terhempas.

MH3710, Boeing, John Goglia

Artikel Lain