suria

Amerika Dakwa Ketua Militan Daesh Masih Hidup

Abu Bakr al-Baghdadi

PENTAGON pada Jumaat berkata pihaknya percaya bahawa ketua militan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi masih hidup walaupun pelbagai cubaan dilakukan Amerika Syarikat untuk menghentikan pengaruhnya.

Baghdadi bertindak berdiam diri walaupun telah mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin gerakan kumpulan pelampau yang baharu.

Namun pada bulan lepas, dia mengeluarkan satu mesej audio bagi menggesa penyokongnya untuk mempertahankan bandar Mosul yang terletak di utara Iraq.

"Kami yakin Baghdadi masih hidup dan masih mengetuai Daesh dan kami akan lakukan apa sahaja untuk mengesan pergerakannya," kata jurucakap Pentagon, Peter Cook kepada CNN.

"Jika dapat peluang, kami pasti akan mengambil kesempatan daripada apa-apa peluang yang ada untuk menyerahkan dia ke muka pengadilan," katanya.

Abu Bakr al-Baghdadi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain