suria

Budak Alami Gangguan Tidur Sambut Krismas Pertama Dalam 4 Tahun

Connor Prince mengalami Kleine-Levin Syndrome iaitu gangguan tidur yang jarang berlaku hingga menyebabkan dia tidur selama tiga setengah bulan pada satu-satu masa. -foto FACEBOOK/METRO

LONDON: Anda tahu mengenai tahun lompat yang berlaku setiap empat tahun sekali?

Bagaimana pula dengan sambutan krismas yang hanya disambut sekali dalam masa empat tahun?

Perkara itu sebenarnya belaku kepada Connor Prince, kanak-kanak berusia 12 tahun dari Toton, Nottinghamshire.

Budak itu mengalamai masalah tidur yang luar biasa dan jarang berlaku dikenali sebagai Kleine-Levin Syndrome (KLS).

Dia tidur selama tiga setengah bulan pada satu-satu masa hingga menyebabkan dia terlepas beberapa kali sambutan krismas, demikian lapor, Metro.

Ibunya, yang dikenali dalam laporan itu sebagai Dana, 44, berkata: "Tiga tahun lalu kami tidak mampu merancang apa-apa percutian."

Menurut laporan itu, keluarga kanak-kanak itu sangat teruja kerana Connor dilihat dalam keadaan berjaga pada 25 Disember lalu dan masih bermain catur Harry Potter miliknya.

Connor pertama kali tertidur selama seminggu apabila dia berusia sembilan tahun.

Sejak daripada itu, dia tertidur untuk beberapa hari atau lebih, setiap beberapa minggu.

Ketika sedang nyenyak, dia akan terjaga untuk beberapa minit pada satu-satu masa untuk pergi ke tandas atau minum.

Walaupun doktor berkata bahawa Connor mempunyai sindrom keletihan kronik dan hanya perlu dipaksa berjaga, ibunya itu mengesyaki masalah yang dialami Connor lebih daripada itu. -Singapore Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Lain