suria

1,593 Penduduk Palestin Hidup Merempat Angkara Israel

NEW YORK: Kempen Israel merobohkan rumah dan struktur milik penduduk Palestin di Tebing Barat dan  Baitulmaqdis Timur mencapai jumlah tertinggi sepanjang tahun ini dalam tempoh tujuh tahun lalu, lapora Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, PBB menerus agensinya, Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menjelaskan, rejim Zionis turut mengetatkan pergerakan penduduk Palestin di wilayah yang dijajah sejak 1967.

Berdasarkan laporan OCHA, Israel telah memusnahkan atau merampas 1,089 struktur milik penduduk Palestin bermula awal tahun ini sehingga 28 Disember lalu.

Tindakan kejam rejim itu menyebabkan 1,593 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal selain menjejaskan 7,101 penduduk lain.

Peningkatan jumlah berkenaan disebabkan polisi Israel yang mengkehendaki penduduk Palestin mendapatkan permit membina atau mendiami bangunan.

Kempen Israel memusnahkan rumah dan struktru penduduk Palestin mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia yang menyifatkan rejim Zionis tidak menghormati undang-undang antarabangsa.

Selain itu, OCHA mendedahkan tindakan Israel mengetatkan pergerakan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat susulan peningkatan sebanyak lima peratus pusat kawalan tentera rejim di wilayah terbabit.

Jelas agensi tersebut, sebanyak 472 sekatan dibina di Tebing Barat termasuk 44 pusat kawalan tetap, 52 pusat pemeriksaan, 72 sekatan jalan dan 124 pagar yang diwujudkan dalam tempoh Januari sehingga Oktober tahun ini.

"Mesir juga didapati menyokong sekatan yang dilaksanakan Israel ke atas Semenanjung Gaza sepanjang tempoh tiga tahun lepas," tambah oCHA.


Israel, Palestin

Artikel Berikut

Artikel Lain