suria

Dua Ditahan Berhubung Kes Kurung Mangsa Dalam Bilik Air Di Jakarta

Taikun Dodi Triyono (kanan) bersama tiga anak perempuannya. Dua daripada kanak-kanak ini meninggal dunia apabila rumah mereka di Jakarta dipecah masuk. Diona Arika Andra Putri (kiri) dan Dianita Gemma Dzalfayla (tengah) telah dibunuh bersama bapa mereka, manakala Zannette Kalila Azaria (dua, kiri) terselamat. - The Jakarta Post/ANN
JAKARTA: Polis Indonesia menahan dua suspek yang didakwa mempunyai hubungan dengan kes pembunuhan besar-besaran di sebuah rumah di Pulo Mas, Jakarta Timur, di mana enam maut manakala lima lagi cedera.

Kedua-dua suspek, Ramlan Butar Butar dan Erwin Situmorang, ditahan di rumah saudara lelaki Ramlan di Bekasi, Jawa Barat, kata jurucakap polis Jakarta, Komisioner Kanan Sr Raden Prabowo Argo Yuwono.

"Kita sedang bergerak ke hadapan untuk memburu suspek-suspek lain," Argo dipetik sebagai berkata oleh tempo.co pada Rabu.

Polis Jakarta pada Selasa dilaporkan berkata bahawa enam orang termasuk seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam kejadian yang disyaki rompakan, yang berlaku di dalam rumah, manakala lima yang lain selamat.

Katanya, kesemua 11 orang telah dikurung di dalam bilik air dan hanya lima yang terselamat selepas ditemui pada hari berikutnya.

Maklumat daripada polis mendedahkan bahawa mangsa yang mati adalah Dodi Triono, 59, Diona Arika, 16, Dianita Gemma, sembilan, Amel, rakan kepada salah seorang kanak-kanak, Yanto dan Tasrok, kedua-duanya merupakan pemandu keluarga.

Zanette Kalila, 13, Santi, 22, Emi, Fitriani dan Windy, yang merupakan pembantu rumah, semua terselamat. - The Jakarta Post / Asia News Network
kes rompak, mati dikurung, Jakarta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain