suria

Dua Bom Meletup Di Bandar Leyte, 33 Cedera - Polis Filipina

Sebahagian daripada mangsa pengeboman di bandar Hilongos, Leyte sedang diberi bantuan kecemasan oleh kakitangan hospital. -foto Michael Bardos
TACLOBAN CITY (Leyte): Peranti letupan (IED) telah digunakan dalam insiden pengeboman sebuah plaza di bandar Hilongos, Leyte selepas pukul 9 malam Rabu.

Ketua Polis Hilongos, Inspektor Alberto Renomeron dalam satu temu bual telefon berkata, dua peranti IED telah meletup di Plaza Rizal ketika orang ramai sedang menonton acara tinju dalam sambutan pesta tahunan Hilongos.

Bahan letupan ketiga, telah ditanam di luar gereja, tetapi tidak meletup, menurut laporan.

Renomeron berkata mangsa telah dibawa ke Hospital Daerah Hilongos dan Hospital Baptist Leyte.

Pentadbir Palang Merah Filipina, Everlisa Alotaya berkata jumlah mangsa yang cedera telah mencecah angka 33.

Lima daripada mereka yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Renemeron berkata polis tempatan masih dalam proses mengenal pasti individu yang terlibat, tetapi anggota pasukannya dan juga pakar letupan lain telah berada di tempat kejadian.

Pemeriksaan juga sedang dijalankan di jalan-jalan yang menghubungkan Hilongos dalam usaha untuk menangkap pelaku. - Philippine Daily Inquirer / Asia News Network
IED, bahan letupan

Artikel Berikut

Artikel Lain