suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Carrie Fisher Meninggal Dunia

Debbie Reynolds
LEGENDA filem, Debbie Reynolds meninggal dunia pada Rabu selepas mengalami strok, sehari selepas kematian anak perempuannya yang juga bintang filem, Carrie Fisher, lapor media Amerika Syarikat.

"Dia mahu bersama Carrie," anak lelakinya, Todd Fisher dipetik berkata oleh mingguan industri Variety, beberapa jam selepas pelakon berusia 84 tahun itu rebah di rumahnya di Beverly Hills dan dikejarkan ke hospital.

Sebelum ini, Reynolds dilaporkan dikejarkan ke hospital pada Rabu selepas dipercayai mengalami strok.

Jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles memberitahu AFP bahawa paramedik telah memberi tindak balas terhadap permintaan bantuan perubatan di rumah Todd di kira-kira pukul 1 tengahari.

Jurucakap itu bagaimanapun tidak membuat sebarang pengesahan tentang Reynolds tetapi berkata 'seorang pesakit wanita dewasa berada dalam keadaan serius' telah dihantar ke Pusat Perubatan Cedars-Sinai yang berdekatan.

Portal berita selebriti TMZ, melaporkan bahawa Reynolds mengalami tekanan sejak kematian Fisher yang berusia 60 tahun akibat serangan jantung.

Fisher yang dikenali dengan watak Puteri Leia Organa dalam filem Star Wars meninggal dunia pada pukul 8.55 pagi Selasa dan ia satu berita yang amat menyedihkan.

TMZ memetik sumber keluarga yang tidak dinamakan, menyatakan Reynolds telah berada di rumah anak lelakinya itu untuk membincangkan tentang urusan pengebumian.

Reynolds, yang menerima Anugerah Kemanusiaan Jean Hersholt tahun lepas, pertama kali menawan hati penonton pada tahun 1952 melalui 'Singin in the Rain'.

Dia kemudiannya dicalonkan untuk anugerah Oscar dan membantu mengasaskan kumpulan yang berfungsi untuk memerangi isu-isu kesihatan mental.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain