suria

Penerbangan Tertunda Lebih Dua Jam Angkara Juruterbang

GAMBAR HIASAN

JAKARTA: Gara-gara juruterbang lambat masuk ke dalam pesawat dan kemudiannya melalut membuat pengumuman, penerbangan Citilink dari Surabaya ke Jakarta awal pagi Rabu tertunda selama lebih sejam.

Pengurusan Citilink meminta maaf kepada para pelanggannya dan dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kerana terdapat penumpang yang membuat aduan segera mengenai insiden itu.

Naib Presiden Komunikasi Korporat Citilink Indonesia, Benny S. Butarbutar dalam satu kenyataannya berkata, pesawat yang sepatutnya berlepas pukul 5 pagi Rabu terpaksa ditunda sehingga pukul 6.20 pagi.

"Kami ingin menyampaikan permohonan maaf atas kelambatan dan ketidaknyamanan seluruh penumpang penerbangan Citilink Indonesia QG 800 tanggal 28 Disember 2016," katanya dalam kenyataan itu.

Katanya, pihak pengurusan juga mengucapkan terima kasih kepada penumpang yang membuat aduan terhadap juruterbang berkenaan.

Juruterbang didapati telah melalut ketika membuat pengumuman sebaik memasuki pesawat dan pihak pengurusan bertindak segera menukarkan juruterbang bagi meneruskan penerbangan.

Beliau berkata, pilot terbabit telah dibawa ke klinik di lapangan terbang itu untuk ujian kesihatan dan dia dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika bertugas.

Sebanyak 154 penumpang dan kru penerbangan berkenaan selamat mendarat di Jakarta kira-kira sejam kemudian. - BERNAMA

Citilink

Artikel Sebelum

Ibu Carrie Fisher Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain