suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Perempuan Tunggang Lembu Seperti Kuda

WELLINGTON: Hasrat seorang remaja perempuan di New Zealand untuk menunggang seekor kuda tidak pada usia 11 tahun kesampaian apabila keluarganya tidak mampu untuk membeli haiwan tersebut.

Tetapi masalah itu bukan penghalang buat diri Sarah Simpson untuk mencari alternatif lain menggantikan kuda dan dia sebaliknya menjadikan lembu sebagai haiwan tunggangannya.

Kini pada usia 18 tahun, dia sudah memiliki kuda sendiri tetapi masih menunggang lembu kegemarannya, Lilac yang mampu beraksi seperti seekor kuda.

Segalanya bermula apabila adik lelakinya, Tim mencabar Sarah untuk cuba menunggang Lilac yang ketika itu berusia enam bulan.

"Saya tidak berfikir panjang dan terus menunggang Lilac dan lembu itu tidak kisah dengan perbuatan saya.

"sebelum ini saya pernah cuba menunggang keldai dan kambing biri-biri tetapi tidak begitu seronok berbanding menunggang lembu," katanya.

Sarah turut mengajar lembu kesayangannya itu melompat halangan seperti yang dilakukan oleh kuda dan ternyata Lilac tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian.

Walaupun agak gemuk, Lilca boleh melompat melepasi halangan setinggi 1.4 meter.

Sarah Simpson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain