suria

Pengebom Boko Haram Gagal Letupkan Diri Dibunuh Orang Awam

Mayat penyerang berani mati yang maut dipukul oleh orang awam selepas gagal meletupkan diri di pasar yang sibuk di Maiduguri pada 26 Disember 2016.

ABUJA: Seorang pengebom berani mati wanita dari kumpulan pengganas Boko Haram, dipukul sehingga mati selepas gagal meletupkan diri di sebuah pasar yang sibuk di timur laut Nigeria pada Isnin.

Kejadian itu berlaku di pasar Kasuway Shanu dekat daerah Kasuwa di Maiduguri apabila dua pengebom berani mati melancarkan serangan di kawasan tersebut.

Hanya seorang sahaja pengebom berani mati meletupkan diri dalam kejadian itu tetapi tiada penduduk awam yang cedera atau terkorban.

Difahamkan Boko Haram mengerahkan kedua-dua penyerang wanita itu ke pasar yang sibuk bagi memastikan jumlah korban yang tinggi.

Namun penyerang kedua gagal meletupkan dirinya sendiri, menyebabkan orang ramai yang menyedari komplot itu menyerangnya dan memukul wanita terbabit sehingga mati.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu tetapi polis percaya dua pengganas tersebut merupakan anggota militan Boko Haram.

Kumpulan pengganas itu telah membunuh kira-kira 15,000 orang dan menyebabkan lebih dua juta penduduk menjadi pelarian apabila mereka melancarkan pemberontakan di negara tersebut.

Boko Haram merupakan sekutu militan Daesh dan mahu menyebarkan ideologi kumpulan pelampau yang berpangkalan di Iraq dan Syria itu di Nigeria.

Boko Haram, Daesh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain