Pejabat Presiden Korea Selatan Mungkin Diserbu - Dunia | mStar

Pejabat Presiden Korea Selatan Mungkin Diserbu

SEOUL: Pendakwa khas Korea Selatan yang menyiasat skandal rasuah melibatkan Presiden Park Geun-hye berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan sama ada mahu menyerbu pejabat presiden atau tidak.

Jika perlu, ia akan dilakukan secara terbuka.

Pendakwa raya khas itu sedang menyiasat dakwaan bahawa Park berpakat secara sulit dengan rakannya, Choi Soon-sil dan seorang pembantu untuk memberi tekanan kepada syarikat-syarikat besar supaya menyumbang kepada yayasan yang ditubuhkan untuk menyokong inisiatif dasarnya.

"Dalam kes untuk melakukan serbuan ke Blue House... untuk melaksanakannya, tidak ada pilihan melainkan melakukannya secara terbuka," kata Lee Kyu-chul, jurucakap pasukan pendakwa khas pada sesi taklimat media merujuk kepada pejabat presiden.

"Kami masih menimbangkan pilihan sama ada serbuan itu perlu atau tidak dan jika perlu...apakah tujuannya."

Pendakwa raya berkata, mereka memerlukan akses ke pejabat presiden sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Bagaimanapun pejabat presiden menafikan akses.

Park mempunyai kekebalan daripada pendakwaan selagi beliau masih berada di pejabatnya walaupun kuasanya telah digantung pada sesi pengundian Parlimen sebelum ini.

Korea Selatan , Park Geun-hye

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia