suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanada Lancar Hotline Lapor Pemandu Drone Cetus Bahaya

OTTAWA: Menjangkakan kenaikan jualan drone sempena krismas, Kementerian Pengangkutan Kanada pada 21 Disember lalu melancarkan hotline dalam talian bagi orang ramai melaporkan juruterbang drone yang mencetuskan masalah.

Menurut kementerian itu lagi, langkah berkenaan bertujuan untuk memastikan penduduk di negara itu "selamat daripada penggunaan drone secara melulu".

Orang ramai diminta ke laman web (tc.gc.ca) dan mengisi borang laporan jika mereka percaya seseorang itu sedang menerbangkan drone "dengan cara yang tidak bertanggungjawab tanpa permit".

Aduan akan dikaji dan jika pengendali didapati telah melanggar peraturan, dia akan dikenakan denda sehingga Can$25,000 (RM82,622) atau penjara.

Sebagai contoh pemandu drone dilarang menerbangkan alat tersebut berhampiran dengan pesawat lain, lapangan terbang atau terbang pada ketinggian yang tinggi.

"Ramai rakyat Kanada akan menerima hadiah atau membeli drone sepanjang cuti tahun ini dan kami menggalakkan semua juruterbang baharu untuk mempelajari kaedah pengendaliannya.

"Sama-samalah kita menjaga keselamatan ruang udara," kata Kate Young, Setiausaha Parlimen kepada Menteri Pengangkutan, Marc Garneau. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain