Plot Serangan Keganasan Hari Krismas Di Australia Digagalkan - Dunia | mStar

Plot Serangan Keganasan Hari Krismas Di Australia Digagalkan

Stesen kereta api Flinders Street, Melbourne. -fotoAFP
SYDNEY: Plot serangan keganasan, inspirasi dari kumpulan Negara Islam (IS) yang mensasarkan pusat bandar Melbourne pada Hari Krismas telah digagalkan selepas beberapa siri serbuan dan tangkapan dilakukan di seluruh bandar, kata polis, Jumaat.

Ketua Pesuruhjaya Polis Victoria Graham Ashton mendakwa mereka yang ditahan merancang menggunakan bahan letupan, pisau dan senjata untuk menyerang lokasi-lokasi sibuk termasuklah stesen kereta api Flinders Street, Federation Square dan St Paul’s Cathedral.

"Sejak dua minggu lalu kami terpaksa menjalankan siasatan jenayah berkaitan dengan pembentukan, yang kita percaya sebagai satu plot pengganas," katanya pada sidang akhbar.

"Kami percaya bahawa terdapat niat untuk menjalankan apa yang kita panggil serangan pelbagai mod, berkemungkinan pada Hari Krismas.

"Serangan itu yang kami akan dakwa sebagai sedang dirancang, dipercayai melibatkan peletupan acara, penggunaan bahan letupan, dan kami mengumpul bukti untuk menyokongnya," katanya.


Polis juga percaya komplot itu telah merancang untuk menggunakan senjata lain termasuk pisau dan senjata api.

Sasaran serangan yang didakwa itu melibatkan kawasan di tengah-tengah bandar, dan hanya berjarak dekat dari Padang Kriket Melbourne di mana 100,000 orang dijangka akan menghadiri perlawanan kriket pada Hari Boxing antara Australia dan Pakistan.


Daripada tujuh yang ditahan pada pagi Jumaat, lima kekal dalam tahanan. Kesemua mereka berada di bawah pengawasan selama beberapa minggu.

Ashton berkata, empat daripada mereka adalah kelahiran Australia, berlatar belakang Lubnan, dengan yang kelima adalah adalah seorang warganegara Australia kelahiran Mesir, semuanya berusia 20-an.

"Sudah tentu kami percaya ini adalah radikalisasi diri sendiri, tetapi diilhamkan oleh ISIS dan propaganda ISIS," katanya, merujuk kepada kumpulan pelampau.

"Jika ini tidak berada di bawah kawalan kami, kami percaya ia akan menjadi satu serangan besar. Tidak syak lagi tentang itu," katanya.

Beliau menambah: "Dari apa yang kita lihat, sejumlah besar orang berupaya cedera dalam serangan itu. Pasti ia berpotensi untuk menyebabkan beberapa orang cedera atau terbunuh."

Plot digagalkan apabila tahap keselamatan di Australia dipertingkatkan selepas sebuah trak merempuh pasar Krismas di Berlin, membunuh 12 orang dalam serangan yang didakwa oleh IS.

Artikel Sebelum

Jepun Pasang Tisu Tandas Untuk Telefon Pintar

Artikel Berikut

1MDB: Bekas Pegawai Bank Dipenjara 30 Bulan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain