suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jepun Pasang Tisu Tandas Untuk Telefon Pintar

TOKYO: Tandas-tandas di Jepun memang terkenal dengan kebersihannya dan berteknologi maju.

Terkini, Lapangan Terbang Narita di Tokyo telah memasang tisu tandas khas untuk telefon pintar di tandas-tandas dekat balai ketibaan, lapor The Mainichi.

Tisu gulung khas yang dipasang bersebelahan dengan tisu tandas biasa itu dicetak dengan pelbagai informasi seperti perkhidmatan WiFi serta tip perjalanan di Jepun.


Tisu untuk telefon pintar ini, yang dipasang oleh syarikat telekomunikasi terkemuka Jepun, NTT Docomo setakat ini boleh ditemui di 86 bilik air di tujuh buah tandas lapangan terbang itu.


Menurut The Mainichi, pemasangan ini akan berlaku sehingga 15 Mac tahun hadapan.

Docomo menjangkakan rekaan ini akan dapat menyelesaikan dua masalah pelancong.

Pertama, untuk membersihkan telefon pintar yang terdedah kepada kuman, dan mungkin lebih kotor berbanding tempat duduk tandas.

Syarikat itu juga mahu memberikan maklumat kepada pelancong yang berdepan masalah mengakses WiFi Docomo di Jepun, selepas kajian Agensi Pelancongan Jepun menunjukkan kesukaran mendapatkan akses.

Syarikat telekomunikasi ini juga menghasilkan video mengenai penggunaan tandas dan tisu untuk telefon pintar kepada para pelawat.

- The Straits Times/Asia News Network
tisu tandas, tisu telefon pintar

Artikel Sebelum

Artikel Lain