suria

Penumpang JetBlue Dihalau Selepas Ganggu Ivanka Trump

Ivanka Trump
WASHINGTON: Seorang penumpang penerbangan JetBlue dihalau keluar selepas mengganggu anak perempuan Donald Trump, Ivanka Trump yang sedang dalam perjalanan ke Hawaii, untuk bercuti bersama ahli keluarganya.
 
Menurut Fox News, seorang lelaki yang tidak dikenali mula menjerit kepada Ivanka yang menaiki penerbangan kelas ekonomi bersama suaminya, Jared Kushner, anak-anaknya serta beberapa sepupunya.

“Ayah kamu sedang rosakkan negara ini,” kata lelaki itu, menurut TMZ.

“Kenapa dia perlu berada dalam penerbangan ini? Dia patut guna penerbangan persendirian.”

Lelaki tersebut dilaporkan sedang memegang anak ketika mencemuh Ivanka.

Ivanka pula cuba mengalihkan perhatian anak-anaknya ketika insiden itu berlaku.

Apabila pihak keselamatan JetBlue membawa lelaki itu keluar daripada pesawat di Lapangan Terbang JFK, New York, lelaki tersebut berkata: "Dihalau kerana menyatakan pendapat saya sendiri.”

Menurut New York Daily News, kakitangan JetBlue yang terdengar perbualan itu, telah menghalau lelaki itu keluar dari pesawat, walaupun sebenarnya dia bercakap dalam nada yang tenang.

“Keputusan untuk mengusir pelanggan tidak dibuat secara sewang-wenangnya. Jika pekerja mendapati penumpang itu akan menyebabkan konflik di dalam pesawat, tindakan akan diambil, terutama sekali jika meningkatkan lagi risiko semasa penerbangan.

“Dalam pada masa yang sama, pasukan kami sedang berbincang semula untuk meletakkan penumpang tersebut dalam penerbangan lain,” jelas seorang jurucakap JetBlue. - The Straits Times/Asia News Network
Ivanka Trump, Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain