suria

Siklon Vardah: Penerbangan Masuk Dan Keluar Chennai Dibatalkan

PETALING JAYA: Penerbangan masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai telah dibatalkan kerana siklon Vardah.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan India menulis di Twitter bahawa sekurang-kurangnya 10 orang telah terkorban akibat taufan itu.

Berdasarkan nasihat perjalanan dalam laman web Malaysia Airlines, penerbangan MAS ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai pada Isnin telah dibatalkan kerana fenomena semula jadi ini, dengan keselamatan penumpang dan anak kapal menjadi keutamaan bagi Malaysia Airlines.

"Lapangan terbang itu ditutup sehingga diberitahu kelak. Jadual penerbangan semula adalah tertakluk kepada cuaca dan keadaan lapangan terbang," kata syarikat penerbangan itu.

Penumpang dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan mereka di www.malaysiaairlines.com, melalui aplikasi MHmobile atau menghubungi 1300 88 3000.

Mereka di luar Malaysia hendaklah menghubungi talian +603 7843 3000.

Penerbangan AirAsia di antara Kuala Lumpur dan Chennai pada Isnin turut terjejas disebabkan siklon itu.

Penerbangan AK11 dari Kuala Lumpur ke Chennai dilencongkan ke Bengaluru, dengan Penerbangan AK10 dari Chennai ke Kuala Lumpur dan Penerbangan AK12 dan AK13, yang menggunakan laluan Chennai-Kuala Lumpur-Chennai, sama ada telah dibatalkan atau dijadual semula.


Airasia juga telah memaklumkan semua penumpang yang terlibat untuk penerbangan pada Selasa, dan menggalakkan mereka semua untuk mengemaskini maklumat peribadi masing-masing di airasia.com untuk memastikan mereka dapat dimaklumkan mengenai sebarang kemas kini penerbangan.

"AirAsia akan terus memantau dengan teliti potensi kesan akibat ribut ini dan akan memaklumkan kepada penumpang dengan cara yang tepat pada masanya tentang sebarang perubahan akibat Siklon Vardah.

AirAsia juga menasihatkan semua tetamu ke laluan-laluan yang terjejas untuk memeriksa status penerbangan mereka di laman web syarikat penerbangan.
siklon Vardah, Chennai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain