suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Enam Suspek Rancang Serangan Bom

POLIS berjaya menggagalkan tindakan sekumpulan enam suspek yang merancang untuk melakukan pengeboman di Britain ketika sambutan Krismas akhir bulan ini.

Lima lelaki dan seorang wanita itu ditahan oleh unit anti keganasan di Derby dan beberapa lokasi lain.

Daily Mail melaporkan, kumpulan yang didakwa mempunyai kaitan dengan militan IS dikatakan sedang merancang untuk melakukan serangan berdarah.

Tiga premis di Derby, Burton dan London telah diserbu polis kerana menjadi tempat persembunyian dan perancangan serangan.

Empat lelaki berusia 22,27,35 dan 36 ditahan di Derby manakala seorang lagi berusia 27 ditangkap di Burton. Seorang wanita berusia 32 tahun pula ditahan di London dalam keadaan mencurigakan dan dipercayai sedang merancang serangan.

Seorang daripada susupek mendakwa berada di Britain untuk mendapatkan suaka politik.

Bagaimanapun, polis setakat ini belum menemui sebarang senjata api atau bom.

Barangan yang dirampas dalam serbuan berkenaan terdiri daripada telefon bimbit dan komputer riba.

Pihak berkuasa berharap akan menemui bukti daripada gajet yang dirampas di lokasi serbuan.

Artikel Berikut

Artikel Lain