suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Aceh: Hampir 84,000 Hilang Tempat Tinggal

Kediaman musnah akibat gempa bumi di Aceh minggu lalu menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal. Foto Reuters

JAKARTA: Bilangan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia pada minggu lalu meningkat kepada hampir 84,000 orang.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan berkata, kebanyakan mangsa atau 82,122 orang merupakan penduduk di kawasan yang terjejas teruk di Pidie Jaya, dan selebihnya di Bireuen.

"Bilangan mereka yang hilang tempat tinggal terus meningkat. 83,838 orang dari 124 (kawasan)," tambahnya.

Beliau berkata, angka kematian akibat gempa bumi pada Rabu minggu lalu kekal tidak berubah dengan 101 orang dan bilangan yang cedera adalah 666 orang.

Hampir 12,000 bangunan termasuk masjid, kedai dan sekolah musnah dalam bencana itu. The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain